
Dadali gegarkan Malaysia menerusi Konsert Sebuah Kisah Live in KL
Category: HiburanTags: Di saat aku mencintaimu , konsert Dadali KL
Date: 05 Jun 2025
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Kumpulan dari Indonesia yang terkenal menerusi seleksi lagu – lagu galau, Dadali akan menggegarkan ibu negara sempena penganjuran Konsert Dadali Sebuah Kisah Live in KL pada 5 Julai depan.
Vokalist kumpulan itu, Dyrga berkata dia bersama rakan – rakannya teruja untuk kembali menghiburkan peminat mereka di sini selepas kali terakhir membuat persembahan berskala besar pada 2015.
“Ketika menyertai sebuah rancangan realiti nyanyian di Malaysia tahun lepas, saya mendapati lagu – lagu Dadali masih popular kerana dinyanyikan oleh peminat di sini.
“Sepertinya Dadali patut serta layak untuk melakukan konsert di Malaysia dan akhirnya doa kami terkabul dan moga konsert yang bakal berlangsung ini menjadi pintu awal untuk lebih kerap berkarya di sini,” katanya pada sidang media konsert itu di sini hari ini.
Tambah Dyrga, sebanyak 20 lagu lagu dendangan mereka bakal dipersembahkan antaranya Di Saat Aku Mencintaimu, Di Saat Aku Tersakiti dan Di Saat Patah Hati.
” Lebih istimewa sebagai penghargaan kepada penyanyi Malaysia, kami akan turut mendendangkan beberapa lagu popular negara ini yang dicipta oleh Datuk M.Nasir,” katanya.
Sementara itu penyanyi tempatan, Ronnie Hussein pula akan menjadi artis jemputan yang akan membuat persembahan pembukaan.
Peminat Dadali yang ingin menyaksikan konsert itu di Zepp Kuala Lumpur boleh melayari https://www.myticketempire.com/dadalisebuahkisahvol -TVS,