Warga Miri tidak sabar saksikan Konsert MeleTOP TVS

Category: Hiburan
Date: 05 Jun 2025
10 views
  • Share :

MIRI, 12 Mei: Warga Miri terutama pemenang tiket giveaway Konsert MeleTOP TVS teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan artis terkenal tanah air pada 17 Mei ini.

Salah seorang pemenang, Mac Makisya Sudin tidak menyangka berpeluang menghadiri konsert berskala besar seperti itu.

“Saya sangat teruja dan tidak menyangka Konsert MeleTOP akan diadakan di Sarawak. Ia julung kali diadakan dengan kerjasama TVS dan Astro, saya memang tidak akan melepaskan peluang ini.

“Semoga pada masa akan datang lebih banyak konsert seperti ini diadakan di Sarawak,” katanya ketika ditemui TVS selepas memenangi tiket Konsert MeleTOP TVS di sini, pada Ahad.

Bagi Gabriel Win Duard, dia berharap dapat menikmati persembahan menakjubkan pada konsert tersebut kelak.

“Sebagai orang Sarawak, saya memang menanti momen seperti ini. Sebelum ini kita hanya dapat melihat di kaca televisyen dan sekarang artis terkenal tanah air ada di depan mata,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Azmi Mohamad yang sanggup meredah hujan demi mendapatkan tiket konsert tersebut berkata, dia sudah menunggu dari jam 10 pagi demi tiket ke konsert tersebut.

“Teruja, tidak pernah ada konsert di Miri yang menampilkan ramai artis terkenal. Ini pengalaman pertama saya,” jelasnya.

Konsert MeleTOP TVS akan berlangsung di Stadium Tertutup Miri pada 17 Mei ini.

Dengan tema “Nang Champiyen, Nang Legend” konsert tersebut menampilkan artis popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie, Nadeera Zaini dan ramai lagi.

Selain itu, TVS turut menganjurkan Konsert Berkat Gawai Kaamatan pada 21 Mei ini di venue sama. – TVS

We may use cookies or any other tracking technologies when you visit our website, including any other media form, mobile website, or mobile application related or connected to help customize the Site and improve your experience. learn more

Allow